Mafeya Sdn Bhd

21, Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Pembekal Uniform & Baju Korporat

Artikel & Tips Terkini

Fakta Sulaman Berkomputer Kelebihan, Kegunaan

Banyak perniagaan yang memilih sulaman berkomputer pada baju uniform mereka. Sulaman pada baju memberikan penampilan yang profesional kepada si pemakai.

Selain itu, sulaman tidak akan rosak bila dibasuh dan mampu menahan suhu yang tinggi. Jadi, mari kita menyelam lebih lanjut tentang fakta sulaman berkomputer.

Kelebihan Sulaman Berkomputer

Tahan lama

Kalau dalam bentuk cetakan baju, cetaknya akan tertanggal atau rosak setelah beberapa kali basuhan.

Manakala, ulaman lebih kukuh kerana warnanya tidak luntur atau mengelupas dan dapat  menahan kitaran basuhan yang banyak.

Fleksibel

Kebiasaan benang yang digunakan untuk sulaman adalah jenis yang nipis dan fleksibel.

Hal ini membolehkan benang disulam ke mana-mana bahagian kain dalam pelbagai bentuk.

Tebal dan kukuh

Setiap sulaman susah untuk rosak kerana jahitan sulaman adalah halus dan kemas. Selain itu, sulaman tahan kepada kerosakan yang akan berlaku dan membolehkan ia mengekalkan sulaman untuk kadar masa yang panjang.

Kegunaan Sulaman Berkomputer

Sulaman berkomputer boleh digunakan untuk tag nama atau logo pada produk anda. Permintaan yang popular oleh pelanggan kami adalah mereka memilih untuk menyulam logo produk mereka seperti slogan, imej, atau nama.

Kami boleh membantu anda untuk apa sahaja sulaman reka bentuk atau teks yang anda inginkan bagi material seperti berikut:

  • Baju uniform
  • Baju korporat
  • T-shirt polo
  • Topi
  • Beg
  • Tuala
  • Jaket
  • Hoodie
  • Tag nama dan logo

Tips pemilihan reka bentuk untuk sulaman berkomputer

Warna dalam reka bentuk sulaman

Walaupun semua warna benang tidak tersedia dalam sulaman, sulaman berkomputer dapat menghasilkan sebahagian besar daripada warna sulaman yang anda inginkan. Akan tetapi, warna-warna ‘gradient’ dan ‘shade’ agak sukar untuk dihasilkan. Warna-warna biasa yang banyak digunakan dalam sulaman adalah warna seperti hitam, putih, merah dan lain-lain.

Reka bentuk

Sesuatu reka bentuk yang terlalu spesifik tidak dapat dihasilkan. Reka bentuk yang mempunyai gabungan teks atau titik yang kecil sukar untuk dihasilkan dengan tepat. Hal ini disebabkan, sifat benang sulaman yang digunakan dalam jahitan. Kebanyakan logo bersulam menggunakan garisan yang tebal sekurang-kurangnya 0.3 cm dan teks 0.5 cm.

Saiz sulaman

Saiz sulaman ini ditentukan oleh kedudukannya pada baju. Jika anda ingin sulaman pada bahagian tengah dada, sulaman itu lebih cantik dengan saiz yang besar. Manakala, untuk bahagian poket atau lengan, lebih sesuai dengan saiz sulaman yang kecil

Tahukah anda? Uniform.my menyediakan perkhidmatan sulaman berkomputer. Jika anda ingin tahu maklumat yang lebih lanjut tentang perkhidmatan sulaman berkomputer kami, anda boleh mengunjungi showroom kami atau hubungi kami di talian 017-2290224 untuk sebarang pertanyaan. anda juga boleh layari website kami untuk ketahui lebih lanjut https://uniform.my/

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

OH! T-SHIRT
21, Jalan Keluli AP7/AP,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT

Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE

+60 17-229 0994  (Sale Person)

+603-5523 6690 (Office)

 

Kongsi Artikel

Pembekal Uniform & Baju Korporat direct kilang no. 1 di Selangor dengan harga yang berpatutan. Kami menawarkan penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Lokasi Showroom

Mafeya Sdn Bhd

21, Jalan Keluli AP7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu Berurusan

Isnin - Jumaat: 9.00 am – 6.00 pm
Sabtu: 9.00 am – 1.00 pm
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

Statistik

009366
Users Today : 55
Users Yesterday : 73
This Month : 1408
This Year : 3056
Total Users : 9366
Views Today : 114
Total views : 17524
Who's Online : 1

The information contained on this website is for general information purposes only. The information is provided by kedaiuniform.com and we endeavor to keep the information up to date and correct as much as possible. When you visit or interact with our sites, services, applications, tools, or messaging, we or our authorized service providers may use cookies, web beacons, and other similar technologies for storing information to help provide you with a better, faster and safer experience and for advertising purposes.

© Copyright 2026 Uniform.my. All Rights Reserved.

Dimiliki dan diuruskan oleh Mafeya Sdn. Bhd.

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp.

WhatsApp & Tempahan